Monday, January 30, 2012

Kehidupan seorang insan *aicewah!*

Seriously? Nama je blogger, tapi blog malas nak update *tak boleh blah gelar diri sendiri blogger..perasan!*

Anyways...

Lots of interesting thing happened in this past few weeks. Perlu ke aku tulis kesemuanya? Well, mungkin segelintir aja lah. Kalau tulis semua benda nanti tak suprise lah in real life + most people yang baca blog ni *kalau ada yang baca lah* sure akan cakap, "eleehh..itu pon nak bagitau.." Well, manusia kan?

Anyways...

Lets start with working life first. Eh? Apasal kerja dulu? Takdak life ka hang ni? Ada... Cuma working life aku yang paling sikit nak dicerita. So, cerita benda yang sikit dulu lah lepas baru cerita benda yang panjang berjela-jela-jala-luddin-hassan.

Alhamdulillah setelah dekat setahun ++ duk bekerja siang-malam, dapat lah jugak disiapkan projek kitorang yang sulung, BoBoiBoy. So sekarang ni dalam process untuk musim ke-2 yang akan ditayangkan tak lama-lama-lama lagi. Bila? Mana boleh bagitau. Nanti ada FANatik yang google pasal ni for sure la akan tau, then heboh dekat orang lain. Takleh takleh. Tunggu aja lah bila. Ok, working life dah habis.

NEXT!

Private life pulak. Amboih, private life tu. Dah macam artis ada private life ni.. Hehehe! Alhamdulillah perancangan semua berjalan seperti yang dirancang. Uish? Tiba-tiba masuk pasal perancangan ni apasal? Haaa! Ni nak habaq mai ni. InsyaAllah kalau tak ada halangan apa-apa, aku akan melangsungkan lah apa yang orang kata 'ikatan halal' tak lama lagi. Amboih...berkias-kias pulak ayat hang ni. Well, biasa lah.. kena filter sikit certain ayat tu. Tak lama lagi tu..tak lama lagi lah.

Preparation so far alhamdulillah. Ada lagi few things yang nak kena settle tapi harap-harap oklah. Both side pon duk sibuk pasal benda ni, apatah lagi tuan punya badan. Tak senang duduk dibuatnya. Pikir pasal tu, pasal ni, cukup ke tak itu, cukup ke tak ini. Haaa... biasa lah tu orang kata. Benda yang sekali seumur hidup, kena lah make sure semuanya lengkap. Nak kata perfect tu, tak lah jugak. Kita buat sekadar yang termampu. Kesederhanaan itu penting :)

Baik. Seterusnya?

Keseterusannya pulak.. apa jenis ayat lah tu? Orang duk tanya-tanya jugak. Lepas ni nak tinggal mana? Rumah lah, takkan hotel pulak kot? Larat nak bayaq? Hehehe! Dekat Malaysia ni ada banyak rumah, duduk je lah mana yang available. Orang kata, kalau duduk dekat 'rumah yang bayaq sendiri' pon elok jugak. Eh? ada '' pulak dekat ayat tu. Heheh! Well, macam aku tulis sebelum ni. Certain ayat tu kenalah di filter-milter kan.

Oklah, setakat itu ja update aku kali ni. Macam agak panjang. Tak apa lah, kalau ada yang sudi nak baca entry aku ni, alhamdulillah usaha gigih aku untuk taip panjang-panjang ni guna mechanical keyboard tidaklah sia-sia. Kalau yang rasa tak mau baca pon tak apa, aku tak marah aih. Entry yang lain nanti boleh baca lagi. Hehehe!

Sekian, wassalam~

6 comments:

  1. BoBoiBoy best! ade anak kawan aku, blum boleh cakap, tapi dah blh nyanyi BoBoiBoy...dahsyat betol penangan katun tu :D
    Tahniah dah nak melangsungkan "ikatan halal"...da nak kawen la tu...alhamdulillah...semoga berbahagia...ececeee ayat cliche...hahaha...pasni doa2 la bg aku punye giliran plak ye...heeee

    ReplyDelete
  2. Hahaha! amin~ sama-sama mendoakan kebahagian sesama lain :D

    ReplyDelete
  3. mana noriman saffian? ni bukan dia tulis ni. lain macam bunyinya..

    ReplyDelete
  4. eh? knpkah saudara berpendapat sedemikian? uishh..noriman saffian dgn ikhlasnya tulis semua ni..betul~

    ReplyDelete
  5. nnti kalo i kat kl, nak tmpang rumah uols lepas kawin nnti ek? I pon x larat nk stay kat hotel je:)):P btw congrats both of you:) mistadee tu dayat kan kan kan? ke bkn?:))

    ReplyDelete
  6. amboih..anonymous no..tulih la nama kalau ya pon.. haha!

    ReplyDelete